CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, September 23, 2012

ALLAH Peliharakan Pengantin DiRaja

Dear blog,

23rd September 2012 - Sunday

Alhamdulillah, negara mencatat satu lagi sejarah hari ini apabila telah berlangsungnya upacara gilang-gemilang perkahwinan DiRaja antara Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Muhammad Ruzaini yang penuh dengan adat istiadat di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman.


sama cantik sama padan


bersama keluarga DiRaja selepas upacara persandingan


Saturday, September 1, 2012

Tiba-tiba Semangat Lenyap..

Dear blog,
1st september 2012

Sokongan dan dokongan amat ku perlukan
Ketika mumur segala impian

Tika baru belajar bertatih
Seluruh anggota mudah terasa letih

Namun sudah separuh ku berjalan
Mesti ku teruskan hingga ke penamat garisan

Jangan biar semangat ku yang membara lenyap
Pergi berundur menghilang dengan senyap

Thursday, August 23, 2012

SAM - Filem 2012 Wajib Tonton

Dear blog,
16th August - Thursday


Filem 2012 yang wajib tonton !! itulah komen aku selepas keluar dari panggung wayang.. kerana terlalu excited tahap maksima, aku sanggup turun sorang (tak bawak kawan2) tengok movie ni midnite show !! yelah~ sementara tunggu sahur, aku qiyamulail kejap dalam panggung hehe~

Romantic Psychological Thriller !! itu genre paling tepat aku letakkan untuk movie ni.. lain dari movie2 yang pernah diterbitkan di Malaysia sebelum ni.. credits buat pengarah termuda dalam sejarah perfileman Malaysia, anak Dato Yusof Haslam and adik kepada Syamsul Yusof.. wahh~ semua ahli keluarga sekarang dah hebat cop duit $$$ .. siap sorang2 dengan gelaran millionaires.. tabik spring to Haslam Family !!

Pemilihan tunjang utama movie ni pun hebat ! Shaheizy Sam memang paling layak menggalas watak Sam yang sangat romantik dengan buah hatinya, Lisa.. Kadang-kadang Sam rasa tercabar bila Lisa digilai oleh ramai mamat2 dalam pejabatnya. Haiqal (Azad Jasmin) & Jefri (Shamsul Yusof) hingga kini masih menagih cinta Lisa walaupun tahu Lisa dah nak kahwin dengan Sam. Di sini bermulalah konflik psycho2 hingga filem habis. kesian, malam Sam ingin melamar Lisa, mereka berdua dipukul dan diculik ! Murder Game ni aku rasa paling sadis. Kesian Sam & Lisa~~ Teknik penggambaran aku salute habis !! sampai aku lupa yang aku perlu sahur lepas tonton midnite show ni.. haha.. babak2 murder game yang sangat2 mencemaskan !! Siapa yang culik & ingin membunuh Sam & Lisa ? 

But frankly, aku dah dapat agak siapa culprit yang psycho dalam movie ni around minit ke 30 filem ni.. mungkin sebab aku dah banyak tengok movie orang putih kot ! hehe~ so tepat sangatlah jangkaan aku hehe.. apapun untuk movie ni aku kasi 8.5/10 !! hebat~ & untuk Shaheizy Sam, aku kasi 9/10 with his excellent job ! Lisa macam biasa.. adorable tapi amat kesian watak dier... Haa~ dan watak Fimie Don amat2 berkesan di hati aku.. walaupun muncul cuma kurang dari 10 minit tapi watak nyer di opening cerita (dalam 10 saat) & pertengahan cerita sangat2 memberi impak kepadaku !!

Siapa yang psycho ? Haiqal ? Jefri ? jawapannya adalah jeng jeng jeng........ SAM !!!! haha.. Sam yang buat semua ni.. Sam yang bunuh Haiqal & Lisa !! Sam yang culik dirinya sendiri & Lisa !!         

Sunday, August 19, 2012

Pre-Raya Shoot Session

Dear blog,
19th August 2012 - Sunday

Alhamdulillah, Ramadan digenapkan 30 hari in our beloved country, Brunei Darussalam due to hilal (anak bulan) was unseen yesterday. We will celebrate our hari raya pertama on monday. while our neighbors (Malaysia, Singapore, Indonesia etc) celebrate their Hari Raya today (sunday). tak per, at least, i could sit n relax-relax depan astro watching some hari raya programmes on astro hari ni ~ hehe..

Di kesempatan ni, diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua famili, rakan-rakan, blog readers yang understand bahasa melayu kekeke & lain-lain... i did some pre-raya shoot sessions untuk rakan-rakan Facebook. photo shoot tu main-main ajer. My youngest brother took some shots dengan aksi spontan & hasilnya jeng jeng jeng.... 

The 1st picture below yang pegang2 ketupat hit 207 likers di FB since 15th august 2012 till 22nd august 2012. kira boleh tahan lah kan kan ahahaha~


Haaa~ pic kedua yang merakam 6 non-stop aksi spontan waktu my brother captured ni hit 262 likers since 17th august 2012 till 22nd august 2012 ~ impressive kan.. haha LOL


Pic ketiga ni hit 106 likers since 16th august 2012 till 22nd august 2012 ~ 


TQ for liking pictures above .. bukan niat hendak riak tapi sekadar berkongsi kegembiraan sempena lebaran 2012/1433 kali ni dengan semangat & harapan yang sentiasa diperbaharui... (besides, saya bukannya artis, i'm nobody.. cuma 1 dari facebooker dari negeri kecil) okay lah..i will update some raya moments nanti yer~ 
Salam Lebaran.. Salam Di ingatan...

Monday, August 13, 2012

Tiket Zaman 50-an & The Bourne Legacy !

Dear blog,
13th August 2012 - Monday




Quite creative done by a female staff at the Empire Cinema !! their printer system was down !! hehe .. Muk & i could't stop laughing sampai the staff blushing tapi sempat said sorry to her.. sory yerrr hehe 

A new dimensional "The Bourne Legacy" starring with the most valuable actors like Rachel Weisz, Edward Norton and not to forget our new bourne star Jeremy Renner. Renner (Aaron Cross) played his part pretty well. It would be wrong to compare him with Matt Damon because Matt played with a different kind and Renner was a little bit different in this latest "Bourne" franchise !


For Weisz (really love her since "the chain reaction" paired with Keanu Reeves), her Dr. Marta Shearing is one of the key scientists on Operation Blackbriar, the super-soldier program that was at the heart of the plot in the previous Bourne Ultimatum. When the project is shut down as a result of Bourne’s actions — a clever bit of narrative crossover, though not quite as elegant as the bridge between The Bourne Supremacy and Ultimatum — she ends up on the run with Cross.

All the action packs, super effects, fight scenes made my day even though the first 20 minutes of the movie was a bit slow. i rate it 8.5 out of 10 !!

Friday, August 3, 2012

Cinema-ing TOTAL RECALL with Muk

Dear blog,

3rd August 2012 - Friday


Total Recall is handsomely made and all casts do exactly what they were hired to do. Colin Farell as usual delivers his best in his movies and Kate Beckinsale is totally freaking insane but yet adorable. i mean the adorable villain !! i rate this movie 9 out of 10 !!   

Synopsis :
In 2084, The world has been destroyed to the point that all survivors live in two places, The Colony and the UFB. Workers live in the crowded, blue-collar Colony and travel through the core of the Earth to the UFB. They are essentially slaves. And they are uprising.
Doug Quaid (Colin Farrell) is one of those workers, living as ordinary a life as someone married to Kate Beckinsale can live while also having dreams of being a sci-fi super-spy. In his dreams, he’s running from robot assassins with the assistance of a beautiful fellow spy (Jessica Biel). Quaid finds himself drawn to the business of Rekall, a company that promises more exciting memories than what you already have. Just as he’s about to have a more exciting life downloaded, alarms go off and armed soldiers storm Rekall. It turns out that Quaid already is a spy (or is he?) and will play a major role in the battle between the nefarious Cohaagen (Bryan Cranston) and rebellious Matthias (Bill Nighy).


Saturday, July 21, 2012

Salam Ramadan 1433H

Dear blog,
21st July 2012 - Saturday

1st of Ramadan tahun ni sama diraikan oleh Brunei Darussalam dan Malaysia pada hari Sabtu, 21 Julai 2012. Ibadat puasa musim ini aku berazam untuk menjadi insan yang lebih baik setelah banyak perkara berlaku sepanjang tahun ini terhadap diriku. Suka, duka.. lebih-lebih lagi duka, aku pendam sendiri kerana insan yang paling aku rapat telah menjauhi aku.. entahlah.. dia seolah-olah mencipta dinding pemisah menjadi jarak sedangkan jauh di hati kecil nya aku tahu, dia rindu untuk bercerita, bergurau, bermanja denganku.. tapi biarlah dulu... aku mau dia sendiri yang memecah pintu keegoannya terlebih dulu... arghh.. mengapa pulak aku berCurhat sedangkan i should tell you guys about hari pertama ku di Ramadan musim 1433 hijrah ini...

Hari pertama puasa, Alhamdulillah, aku dapat selesaikan bacaan juz 1 dan dapat menyempurnakan solat Terawih :'( bukan tujuan ku untuk berbangga malah jauh di sudut hatiku untuk tidak menjadi insan riak.. tapi aku sedih dan terharu kerana ALLAH Ta'ala telah beri ku kesempatan untuk memperbetulkan diri ku yang cuai, alpa lagi lalai selama ini. Jatuh air mata ini sambil menghayati bait-bait lirik dari lagu TAUBAT SEORANG HAMBA yang sememangnya menggambarkan perjalanan hidupku... semoga hari-hari mendatang, aku akan lebih taqwa dan sentiasa mencari keredhaanMu jua ya ALLAH....

Oh ya... sempena Ramadan musim 1433 ini, aku abadikan satu foto fresh habis !! taken by seorang photographer muda berusia 17 tahun iaitu adik saya sendiri.. hehe.. tema foto ialah Salam Ramadan tapi bentuk ala-ala retro sikit lah... saya rasa konsep itu sesuai kot.. hehe.. ada makna tersirat dengan gabungan warna dan latar belakang.. itu dari kaca mata saya lah as a linguist !! haha.. apa-apapun, tulus ikhlas dari hati saya, saya ingin memohon kemaafan jika ada tersilap bahasa terkasar kata dan sama-sama kita berdoa moga ibadah Ramadan dan ibadah-ibadah lain yang ada di dalam bulan suci ini diberkati.. rebutlah peluang menggandakan amal hitung kita semua.. ameen =)


Friday, July 20, 2012

Ahlan Ya Ramadan

Dear blog,
20th July 2012 - Friday

Aku masih berteka-teki
adakah sudah cukup hitung amalku?
Ramadan menjengah lagi..
senyum padaku...
sedangkan Sya'ban terus meninggalkanku
piluku di kalbu....

Tuhanku..
ku munajat padaMu
agar cahaya Ramadan ini menyinari kegelapanku
tidak sekadar ku menunggu menongkat dagu
ku azamkan ragaku
ku tiup semangatku
meniti atas ilmuMu
kembali berpaut rapat pada kasihMu

Ahlan ya Ramadan....

Sunday, July 15, 2012

Menjunjung Kasih~ Daulat Tuanku

Dear blog,
15th July 2012 - Sunday



Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-66 Tahun pada 25hb. Sya’aban, 1433 /15hb. Julai, 2012


Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Bismillahir Rahmanir Rahim



Alhamdulillah Rabbil ‘Alameen, Wabihiee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Wadden, Wassalaatu’ Wassalaamu ‘Ala Asyarafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’alaa Aalihee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.


Alhamdulillah, syukur kita kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala, kerana dengan limpah kurnia-Nya jua, dapatlah istiadat bagi meraikan Hari Keputeraan Beta pada pagi ini berjalan dengan baik dan lancar.

Pertama-tama, Beta ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para tetamu khas Beta, yang sudi hadir ke Istiadat ini, dan juga kepada semua pihak yang telah menyembahkan perutusan ucap selamat kepada Beta serta keluarga, bersempena perayaan ini.

Dalam apa jua keadaan dan suasana ketika menyambut keraian ini, kita hendaknya jangan terlepas pandang dari mensyukuri nikmat Allah kepada kita dan negara, berupa keamanan dan kesejahteraan.

Beta juga bersyukur mempunyai rakyat yang bersatu-padu dan bertanggungjawab untuk sama-sama memelihara nikmat yang agung ini.

Dari keamanan akan wujud kestabilan, dan dari kestabilan memungkinkan kita lebih rancak untuk menggarap kemakmuran.

Oleh itu, semua lapisan rakyat adalah berkewajipan untuk memelihara dan mempertahankan kestabilan tersebut.

Dengan nikmat rezeki serta kestabilan yang ada, Kerajaan Beta insya Allah, akan meneruskan agenda pembangunan di dalam negara.

Pada tahun ini kita telah memulakan Rancangan Kemajuan Negara Ke-10 iaitu RKN kedua bagi membantu kita merealisasikan Wawasan Negara 2035. RKN pada kali ini lebih menekankan kepada usaha memperkasa keupayaan tenaga kerja, selari dengan teknologi baru dan innovasi, disamping memberikan perhatian kepada kemudahan prasarana, pendidikan, kesihatan, perhubungan, perumahan, riadhah serta tempat-tempat beribadat. Langkah ini diharapkan mampu untuk membantu mempercepatkan lagi pertumbuhan ekonomi, standing dengan kadar pertumbuhan ekonomi serantau.

Oleh itu adalah sangat mustahak bagi kita mempastikan perlaksanaan projek-projek dibawah RKN Ke-10 ini berjalan dengan menepati sasaran waktunya. Janganlah ada yang tertinggal di belakang, apatah lagi yang terbantut.
Beta amatlah gembira mendapati, pendekatan baru kita dalam menyediakan perumahan untuk rakyat telah menampakkan hasil yang menggalakkan. Bilangan rumah-rumah yang telah siap dan yang sedang dalam pembinaan, ternyata berupaya untuk mengurangkan tempoh menunggu bagi pemohon-pemohon.

Dalam usaha meningkatkan kesejahteraan perumahan bagi rakyat ini, Beta telahpun memperkenankan beberapa inisiatif untuk dilaksanakan oleh Kerajaan, seperti berikut:



Pertama - Untuk tidak megenakan bayaran premium tanah bagi pembaharuan pajakan tanah yang tidak melebihi 1 ekar, yang di atas tanah berkenaan sudah terdapat rumah kediaman pemilik atau untuk didirikan rumah kediaman bagi tujuan yang sama.

Kedua - Satu Skim Tabungan Perumahan, diwujudkan khusus untuk ahli-ahli TAP rakyat Negara Brunei Darussalam. Keutamaan mengujudkan Skim ini ialah sebagai bantuan kepada ahli-ahli TAP yang berpendapatan rendah.

Skim sukarela atau voluntary ini, akan melayakkan peserta-pesertanya untuk menerima manfa’at-manfa’at tertentu, antaranya jaminan pemberian pulangan tahunan dengan kadar tertentu; dan bagi peserta yang pendapatan keluarganya (household income) tidak melebihi $4,000 sebulan, akan layak untuk dihulurkan bantuan Kerajaan berjumlah tidak melebihi $25,000.

Ketiga - Bagi anggota Perkhidmatan Awam, Beta juga telah memperkenankan satu Skim Pinjaman Kewangan Perumahan di Jabatan Perbendaharaan untuk dikemaskinikan dan disesuaikan dengan keadaan dan keperluan masakini. Melalui perubahan tersebut, jumlah kemudahan kewangan yang boleh dipohonkan bagi membina atau membeli sesebuah rumah, akan ditambah kepada 60 bulan daripada gaji pokok, berbanding hanya 48 bulan yang dibenarkan pada masa ini, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu. Kemudahan kewangan tersebut juga akan dilaratkan bagi pembelian tanah bagi pembinaan rumah berkenaan dengan menggunakan peruntukan tidak melebihi 24 bulan daripada gaji pokok bagi kemudahan kewangan tersebut.

Dengan bantuan serta kemudahan-kemudahan yang disediakan ini, Beta percaya ianya akan dapat meringankan beban kos pemilikan rumah dikalangan golongan-golongan tertentu di Negara ini, terutama mereka yang berpendapatan rendah.
Walau bagaimanapun, Beta berharap, dengan adanya bantuan dan kemudahan ini, akan menggalakkan lagi orang ramai untuk sentiasa berjimat cermat dan berbelanja mengikut kemampuan.

Sebagai usaha Kerajaan dalam pembangunan Negara yang lebih menyeluruh, satu berita baik, setelah selesainya kajian feasibility, Kerajaan Beta sekarang ini sedang merancang dengan terperinci bagi pembinaan sebuah jambatan, yang akan menghubungkan Daerah Temburong dengan Daerah Brunei dan Muara.

Sejajar dengan tuntutan masa dan perkembangan global, Beta dalam bidang ICT, juga telah memperkenankan peruntukan sejumlah B$230 juta dibawah RKN Ke-10 untuk Kementerian Perhubungan melaksanakan projek “Fibre-to-the-Home”, yang pada asasnya akan menyediakan infrastruktur jalur lebar yang menyeluruh.

Ini tidak syak lagi akan membawa kepada kemajuan Internet yang lebih berkualiti yang mampu dimiliki oleh orang ramai. Pada waktu yang sama, kemajuan perkhidmatan ini juga akan turut mengangkat daya-saing negara bagi menarik pelaburan asing.

Namun perlu pula disedari, akan kesan-kesan buruk sampingan, yang boleh saja berlaku dari penyalahgunaan alat canggih ini. Kerana itu sangatlah wajar untuk diambil perhatian oleh pihak-pihak yang berkepentingan, supaya lebih meningkatkan lagi keupayaan dan kewaspadaan dalam perkara-perkara kawalan, pencegahan dan penguatkuasaan.

Turut sama berkewajipan itu, ialah para ibu-bapa, guru-guru, masyarakat, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, dan lebih-lebih lagi para belia, sekaku pengguna terbesar kemudahan ICT itu. Ambillah langkah memanfa’atkan ICT itu dengan cara yang betul.

Kewajipan ini adalah kewaijpan semua. Kita mesti mengamalkan nilai-nilai murni dan memelihara jatidiri kita, dengan calak MIB.

Kita adalah bangsa yang membangun dengan undang-undang, pendidikan dan akhlak yang baik, serta bergerak maju diatas landasan ajaran ugama yang suci. Kita menawarkan persahabatan kepada semua warga dunia, sambil memberitahu, bahawa kita juga adalah rakan yang baik, yang sentiasa bersedia untuk menghormati sesiapa saja.

Demikian itulah pula, kita mengharapkan, agar rakan-rakan juga berpendirian seperti kita dalam menilai dan memahami aspirasi masing-masing, demi untuk keselamatan dan kesejahteraan, sekalipun tanggapan kita adalah berbeza.
Bersukut dengan 66 tahun keputeraan Beta ini, dengan segala kesyukuran, yang akan melepaskan kita semua terutama Raja, dari dituntut oleh Allah Ta’ala pada Hari Kandila kelak, maka Beta dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah, setelah meneliti dan mendapat nasihat daripada Badan yang berkenaan, sukacita memaklumkan bahawa Beta telah memperkenankan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah untuk dilaksanakan di Negara ini, namun dalam pada itu, peruntukan sivil atau ta’zir atau seakan-akan ta’zir akan terus juga diguna-pakai mengikut keperluan.

Masih berkait dengan undang-undang. Kerajaan Beta dalam menangani perbuatan-perbuatan curang, yang sepatutnya tidak berlaku, seperti jenayah penyeludupan keluar minyak bersubsidi seperti diesel, yang amat merugikan itu, tidak akan dibiarkan begitu saja. Kerajaan Beta adalah tidak teragak-agak untuk menggunakan undang-undang bagi membenterasnya.

Sebagai sebuah negara yang berkerajaan, Perkhidmatan Awam adalah jenteranya. Beta masih merasakan, bahawa kecekapan pengurusan dan disiplin dalam Perkhidmatan Awam itu masih saja tetap ditahap yang memerlukan peningkatan. Kemajuan kerjaya pegawai yang menitik-beratkan kepimpinan, masih memerlukan perhatian.

Kerana itu, sehubungan dengan ini, Beta telahpun memperkenankan satu kaedah kenaikan pangkat yang digelar “Kaedah Kenaikan Pangkat Laluan Laju”, sebagai keadah yang bukan eksklusif, dan juga sebagai sebahagian dari usaha dalam rancangan penggantian pegawai-pegawai Bahagian II keatas.

Kaedeh ini dianggap mampu untuk merangsang pegawai-pegawai yang berprestasi tinggi, rajin dan komited.

Dalam bidang kesihatan pula Kerajaan adalah tidak lalai untuk meningkatkan skop dan kualiti perkhidmatan. Namun kes-kes penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis, buah pinggang, darah tinggi, jantung dan kanser, terus saja meningkat dan bahkan ditahap yang membimbangkan.

Pada hemat Beta, cara mencegah dan mengatasi penyakit-penyakit ini adalah banyak bergantung kepada kesedaran dan keazaman setiap individu. Untuk sihat, kita memerlukan disiplin gaya hidup sihat dan permakanan sihat. Diantara gaya hidup sihat itu ialah rajin beriadhah. Sementara permakanan sihat pula, ada dengan ketentuan-ketentuannya yang tersendiri.

Dalam hal ini, ingin juga Beta melihat, sejauh manakah sudah segala kempen atau promosi kita tangani, termasuk menilai keberkesanannya secara empirical?

Kematian bukan saja kerana penyakit, tetapi juga turut berlaku akibat kemalangan jalan raya. Ini juga amat membimbangkan, kerana bilangannya terus meningkat.

Orang ramai biasanya sangat berhajat kepada jalan raya yang berkualiti, tetapi ramai yang tidak mengedahkan harapan Kerajaan untuk melihat, supaya semua pengguna jalan raya juga mestilah berkualiti.
Walau macam manapun, setakat ini, Beta turut berpuas hati dengan pengenalan sistem demerit, yang dianggap berpotensi tinggi bagi usaha-usaha penggunaan jalan raya yang lebih berhemah dan selamat.

Di dalam arena antarabangsa pula, Beta juga sangat berpuas hati, kerana kita dapat memainkan peranan untuk kepentingan bersama didalam pelbagai bidang, khasnya bidang kerjasama serantau mahupun global, berasaskan kosep berbaik-baik dan hormat menghormati serta tidak campur tangan dalam urusan atau kepentingan masing-masing.

Pada tahun 2013, insya Allah negara kita akan menjadi Pengerusi ASEAN dan juga tuan rumah kepada Mesyuarat Kemuncak ASEAN dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan.

Akhirnya, Beta dengan tulus ikhlas merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh lapisan rakyat dan penduduk, termasuk semua peringkat warga Perkhidmatan Awam, Pasukan-Pasukan Keselamatan serta mereka yang berkhidmat di sektor swasta diatas sumbangan dan sokongan mereka kepada Kerajaan Beta.

Penghargaan yang setinggi-tingginya juga Beta sampaikan kepada seluruh Ahli Jawatankuasa Perayaan di kedua peringkat kebangsaan dan daerah, atas segala khidmat usaha yang gigih pada menjayakan Perayaan Ulang Tahun Beta tahun ini.

Beta juga berdo’a semoga Negara Brunei Darussalam ini akan senantiasa kekal aman dan makmur, dikurniakan limpah rahmat dan lindungan dari Allah Subhanahu Wata’ala jua. Amin.



Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamu‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Wednesday, July 4, 2012

Sajak Spontan Malam Nisfu Sya'ban

Dear blog
4th July 2012 - Wednesday

HUJAN DI MALAM NISFU SYA'BAN
Nukilan Rain987

Hujan hikmah mengiringi airmata di malam ini
menggenang khilaf ku yang tak sudah
apakah masih sempat lagi buatku ?

Nisfu Sya'ban
gerbang ke pintu Ramadan
sayup-sayup zikir dan tahmid 
di sini
di sana...
apakah masih ada ruang buatku ?

Malam seribu berkah ini
biarku peluk erat malam mu
agar dosa-dosaku pergi bersama tiap titisan hujan mu
kerana ku takut
apakah masih ada masa buatku ?


Saturday, June 30, 2012

Sultan Bolkiah's Love Story

Dear blog,

29th June 2012 - Friday
venue - Empire Theatre 

Finally, i got the chance to watch a musical cultural drama called Tragedi (tragedy) performed by a local talented group called "Lively Dancers". This heartbreaking love story was based on a legendary love story back in 16th century between Sultan Bolkiah and Princess Laila Menchanai that ended in a devastating incident. On the journey back to Brunei, Sultan Bolkiah died after the beautiful princess accidentally pricked his finger with a golden needle while sewing. Overwhelmed by sadness, she committed suicide and left with a will, the wish to be buried with the sultan. It was a good show indeed ! The sad ending had made me burst into tears !


Monday, June 18, 2012

Isra' Mi'raj 2012

Dear blog,
17th June 2012 - Sunday


ku nukilkan secebis sirah Kekasih Allah
Kau titipkan kami semua sebait kisah berupa anugerah
singkat waktu sedangkan Kau jejak beribu marhalah...

berita Isra' Mi'rajMu termaktub dalam sejarah
berhembus di setiap nafas dan zikrullah
sebuah perjalanan yang diliputi berkah...

aku tidak lahir sezamanMu
namun khabar indah ini melewati tempat dan waktu
dititip merentasi setiap generasi terus ke Qalbu

Isra' Mi'rajMu
terus ku sulam di perdu rindu
menjadi selimut di malam tidurku...

nukilan
Rain987
17.06.12

  

Sunday, June 10, 2012

Alhamdulillah, another 4.0 !

Dear blog,
9th June 2012 - Saturday

Dup Dap Dup Dap !! at last ! result ku officially keluar !! soo mengabak and perasaan masuk dalam ofis fakulti macam kan pengsan !! on that day, our kerani was on leave, so yang mengganti was kerani from other faculty. pelahan-pelahan i opened my grades report and Alhamdulillah.... i managed to obtain straight As in all subjects with full point 4.0 in both GPA & CGPA ~ yea yeaa..... Syukur kepada ALLAH SWT mengurniakan sedikit kebijaksanaan untuk ku manfaatkan selagi ku masih bernafas.. Families, colleagues, semua pensyarah, Thank you so much.. so now tinggal 2 semester lagi for writing my dissertation and yang paling mahal is NO MORE LECTURES and EXAMS !!! yehaaa~~ *wink* 



Wednesday, May 23, 2012

Awak.....

Dear blog,
19th May 2012 - Saturday

where should i start ? -sighing- dalam kerancakan & keterujaan menonton "final Mania" on astro 104, i was shocked receiving texts via my watsup sekitar pukul 10 malam. text awak berbunyi :

"kita jadi kawan sajalah.. i'm sorry". 
i replied, "what happened? apa salah saya?". 
"Awak tak salah, saya yang salah~awak tak perasan perubahan saya recently ni?"

Dengan nada teragak-agak + terkejut + sedih, saya sebut nama seseorang yang pernah bahagiakan & tinggalkan dia satu ketika dulu.. dia replied :

"betul...saya contact semula with x saya dulu.."

Tersentak jantung dan terasa macam pitam dengan pengakuannya.. benar saya agak sibuk kebelakangan ini kerana tak lama lagi exam tapi saya dah janji dengan dia, lepas saja exam semester 2 ni, saya dah tak sibuk lagi dah.. even saya akan janji catch up apa yang kami tertinggal selepas exam nanti !! tapi why should x nya pulak dicontact waktu saya sibuk dengan study? saya kan ada.. awak boleh curhat dengan saya walhal kiter selalu jalan bersama tapi awak tak nampakkan perasaan tak puas hati terhadap saya. Awak senyum seperti biasa, bergurau macam selalu...

Mudah kan awak pergi begitu saja.. after hampir 3 tahun bersama.. saya muliakan awak, saya korbankan masa, tenaga & wang ringgit semata-mata untuk awak. bukan niat saya mengungkit & membangkit tapi awak pergi begitu saja... kiter tak ada tanda-tanda break up sebelum tarikh 19hb May, tak ada gaduh tapi awak buat saya begini... berat badan saya susut hingga kurang 6 kilos.. saya masuk hospital tapi awak ignore.. awak tak ada hak rampas kebahagiaan saya & hilang begitu saja.. awak pentingkan diri sendiri.. :'( 

Saturday, March 24, 2012

Khabar Abyadh

Dear blog,

24th Mac 2012 - saturday

Keputusan test yang aku sendiri tak confident sebab tak baca "betul2" topik tu dah keluar.. gulpp~ tangan kaki memang seram sejuk..memang awal-awal lagi dah aku pasrah dengan apa jua markah yang aku dapat...huhu ~i entered Dr. Adil's room. Beliau ni jenisnya senang diajak berbicara apatah lagi i'm the only man in my batch. Dr. Adil cakap tahniah kat aku.. heran tergamam jugaklah aku seketika.. dia tunjukkan paper jawapan aku dan cakap aku score paling highest antara semua.. "Eh.. betul kah ni ?" hehe.. bersyukur sangat-sangat, berkat hadir tiap lecture beliau and fokus. Tuhan tunjukkan aku jalan semasa menjawab soalan 1 yang aku tak konfiden gilerr.. Dr. Adil cakap aku dapat full mark..

Subjek Dr. Cherchel and subjek Dr. Kamal pun Alhamdulillah aku score jugak dengan markah paling tertinggi daripada semua rakan-rakan lain~

Cabaran di hadapan aku sekarang ialah final exam lagi sebulan..terus-terang persediaan aku belum cukup kuat tambahan sekarang ada dugaan yang menghambat...biasalah..tak semua waktu percintaan ini manis..kekadang bergelora yang tak tercapai akal =) tapi aku bertawakal ~ ku cuba untuk lebih bertenang.. kerana cita-cita ku kini untuk mengulangi kejayaan ku seperti di semester satu lepas dengan full point 4.0 dalam exam~
-aku berjanji akan lebih bersedia untuk final exam akhir April ni and akan kurangkan lepak dengan FB hehehe-

Thursday, March 22, 2012

Antara Tazkirah & Sindiran ? ermm......

Dear blog,


22th Mac 2012 - Thursday

"saya cuma memindahkan kata-kata indah/tazkirah dari website/hukama untuk berkongsisama wf pecinta FB tanpa sebarang prasangka buruk atau niat tersurat~namun barangkali niat saya itu telah disalaherti =) takper lah... saya redha & ikhlaskan ..... "

Kata-kata indah dan tazkirah i copied it from a fanpage yesterday morning was :

"Cintailah seseorang kerana kekurangannya, kerana suatu saat nanti kamu akan bahagia dengan kelebihannya…dan jangan pernah mencintai seseorang dengan kelebihannya, kerana suatu saat nanti kamu pasti kecewa ketika kamu tahu kekurangannya"

Sekarang nilailah...ayat dari baris manakah yang membuatkan saya disalah anggap buruk. Struktur ayat manakah yang berbisa walhal kata-kata ini cuma untuk saya kongsikan bersama kerana ianya cukup puitis & indah....ia bukan dari kalam saya..jauh sekali saya sunting kalimah di dalamnya...perenggan yang ringkas ini bukan berbaur menghina apatah lagi merendah-rendahkan kredibiliti sesiapapun.. tapi macam saya katakan, saya redha & ikhlaskan......... -peace-


Tuesday, March 20, 2012

Spaghetti On My Birthday !!

Dear blog,

20th March 2012 - Tuesday

HAPPY 33rd BIRTHDAY TO ME !!

photos taken on my birthday at the Jollibee, Q-lap Mall ~ waktu ni craving for the spaghetti !!


Wednesday, March 14, 2012

Curhat Kejapp~

Dear blog,


14th March 2012 - Wednesday

My 2 oral exams went well. Alhamdulillah, i got full marks on both !! =) This morning i had a written test on Linguistic but sadly i didn't do my best.. sedihh wooo~ the 2 questions i answered them beautifully tapi 1 soalan yang ada anak-anak soalan, tu yang hancusss...i skipped that topic coz nampak macam tak important sangat.. pengajaran berguna for me.. =( hopefully my pensyarah tak strict marking my paper.. Ameen ameen.... full marks 20 !! the marks i'll obtained will be added semua-semua dengan my coursework...uwaaaaaa~lepas ni mesti more careful and ready..

Tomorrow ada another test subjek Dr. Cherchel.. markah dierr 12 marks.. i must get full marks !! doa-doakan lah yerrr..... TQ.. till then....

Friday, March 9, 2012

Happy 4th Birthday, Alai Hakimi

Dear blog,

9th March 2012 - Friday

Happy 4th Birthday to cucu sulung keluarga 987, Alai Mohd Khairul Hakimi~ beza Alai Kimi now he attends school. whenever i ask him, "Kimi sekulah di mana ?" dengan lating-lating nya he'll answer, "di Jigsaw School" hehe.. he is very cute, isn't he ?


Bringing such jolly wishes
Dear FOUR year old to u
For a most Happy Birthday
That's full of fun all through


Permata-permata di hati bonda


Monday, March 5, 2012

Busy Weeks

Dear blog,

5th March 2012 - Monday

Uni re-opens today after 1 week break & i still feel blues. Laziness strikes my head. I even hardly got up from my bed this morning. I entered my morning lecture late.. hehe~ there are tons of pending works & i MUST finish them this week !! assignments ~ study ~ tests ~ reading ~ memorizing and bla bla bla.. keep on haunting me !! uwaaaaa... really scared maaa...






Saturday, March 3, 2012

Life Must Go On !!

Dear blog,

2nd March - Friday



Wednesday, February 29, 2012

Happy Leap Day !!

Dear blog,

This year, 2012 is a Leap Year,adding a Leap Day at the end of February which falls today, Wednesday. It happens only once every 4 years.






Thursday, February 23, 2012

NegaraKu Brunei Darussalam

Dear blog,

23rd February 2012 - Thursday

Happy 28th National day to our beloved Brunei Darussalam~ dengan usia yang sudah melebihi suku abad ini, didoakan negara ini akan terus maju, terus berinovasi demi bersaing dengan negara-negara membangun yang lain~ tahun ini dan tahun depan, i'm excused from participating dengan rakan-rakan lain yang marching due to study leave ! takperr.. i encourage u all thru' TV jer yerr~ huhuhu.. apa-apapun, congratz to Brunei Darussalam !! i'm proud to be a Bruneian~



Friday, February 17, 2012

Aku Bukannya Sempurna...

Dear blog,


Aku bukanlah sempurna seperti yang disangkakan..walaupun ramai yang mengkagumiku.. kepintaranku.. paras rupaku.. fizikalku.. (dakwaan mereka) tapi itu semua bukan tiket untuk meLabel aku sebagai seorang perfectionist !!

Aarghhh~ kekadang aku rimas dengan 'expectation' ramai orang terhadap aku.. Setiap langkahku jadi perhatian..kekurangan ku menjadi bahan cerita yang cepat menjalar.. Aku bukan selebriti atau model peragaan !!

Aku tidak pernah mencari kesempurnaan pada orang lain.. jauh sekali mengupas kelemahan mereka.. kerana aku tau aku juga tidak sempurna~ tapi aku tetap belajar to be better dari hari kelmarin.. aku bukannya memiliki "lampu aladdin" yang bisa mengubah mencorak sesuatu dalam sekelip mata...

Maka terima aku seadanya sebagaimana aku juga terima kekurangan yang ada pada orang lain..


nukilanku....

Happy 3rd Birthday !!!

Dear blog,

17th February 2012 - Friday

Happy 3rd Birthday to Alai 'Afifi ~kurangkan feveret menangis atu aa...hehe..stay handsome & cepat2 membesar menjadi anak yang soleh pada parents, nini boy & nini girl, uncles & aunties serta menjadi orang yang berguna in future.... Ameen....

Wednesday, February 8, 2012

Azura 2012, Filem Motivasi & Semangat !!

Dear blog,

8th February 2012.

Melihat dari judul filem ini, saya terbayangkan filem "Azura" lakonan Ogy & Jamal Abdillah sebagai teraju utama sekitar tahun 1984 tapi waktu tu saya masih kecik lagi..tak tau aper2.. sekitar tahun 90-an baru saya berpeluang menonton "Azura" versi 1984. Satu yang dapat dikatakan ialah Ogy was superb !! but sorry to say, lakonan Jamal Abdillah as usual..kaku (beliau berbakat dalam nyanyian sahaja..)

Berbalik kepada "Azura 2012", perkara yang membuatkan saya tertarik ke pawagam ialah movie terbaru ini directed by Aziz M.Osman !! siapa tak kenal dengan Abang Long ni ? saya membesar dengan filem2 beliau seperti Fenomena, Fantasi, XX-Ray I & II, Femina, Baginda, Puteri Impian I & II, Scoop, Leftenan Adnan, Seri Dewi Malam, Trauma dan banyak lagi. Setentunya filem2 beliau penuh kualiti dan bukan dibikin "asal siap" !! i fall in love with Azura 2012 !! itu komen ikhlas yerr..


Lokasi sekitar London & Kota Paris di samping Malaysia faktor kedua menggeletek hati saya ke pawagam !! I really miss Paris !!! nampaknya pertaruhan Abg. Long dengan budget yang bukan sedikit ini memuaskan hati saya.. semasa menonton movie ni, kekadang tergamit memori saya bila ada lokasi-lokasi di sekitar Eiffel Tower, Tower Bridge dan banyak lagi tempat-tempat yang cantik di sana... terdetik hati berkata " saya hendak ke sana lagi ! " hehehe


Neelofa perlu diberi pujian begitu kerana menyahut cabaran menggalas watak keramat ini walaupun dia tahu risiko penonton-penonton akan membandingkan Lofa dengan seniwati lagenda Ogy !! Shahrizal sebagai hero berjaya menghidupkan watak Zack. Both nampak serasi lebih-lebih lagi kedua-dua memang cun !! Watak-watak sekeliling seperti watak Mak Su, Wanda, Tan Sri Puteh really help pengisian emosi terhadap hero & heroine. kalau tak, masakan i watched Azura 2012 twice !! hehehehe..... filem ini penuh cinta, cerita, penuh semangat dan motivasi especially bagi pasangan yang kahwin & still studying !!! congratz to Aziz M. Osman kerana never disappoint me dengan air tangan beliau yang hebat2....