CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, September 8, 2009

Di Pusara Sepi~

Dear Blog,
Ku nukilkan sebuah puisi suara hati :
17 Ramadan 1430 - 7 September 2009
.
Di Pusara Sepi~
.
Di Pusara Sepi Ini..
Tiada Hirau Panas Mentari..
Hujan Ribut Membasahi..
Namun Pusara Ini Tetap Sepi..
Berteman Wangian Melati..
.
Sunyi Pagi Sinaran Suria..
Kami Kunjungi Pusara Nenda..
Tegak Kami Di Makam Sepi..
Wahai Nenda Berdua..
Cucunda Kalian Bersama Naskhah Doa
Munajat Kepada Ilahi..
.
Di Pusara Sepi Ini..
Semadi Tenang Di Lahat Bumi..
Sepi..
Sesepi Kemboja Yang Terus Setia..
Menemani Pusara Nenda Berdua..
.


.
Makam Nenda Pengiran Md. Salleh Pengiran Langgar di Tanah Perkuburan Islam Dagang, Kianggeh. Tiada ku sempat melihat wajah nenda kerana kau pergi di usia yang muda meninggalkan ayahanda ku semasa remajanya..
.

.
Makam Nenda Pengiran Hajah Sunggoh Pengiran Haji Hitam juga disemadikan berhampiran dengan makam Nenda Pengiran Md. Salleh. Menghembuskan nafas terakhirnya tatkala aku bertarung dengan kertas dan pena menduduki peperiksaan STPUB pada tahun 1998. Al-Fatihah buat keduanya~


0 comments: