CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, July 21, 2012

Salam Ramadan 1433H

Dear blog,
21st July 2012 - Saturday

1st of Ramadan tahun ni sama diraikan oleh Brunei Darussalam dan Malaysia pada hari Sabtu, 21 Julai 2012. Ibadat puasa musim ini aku berazam untuk menjadi insan yang lebih baik setelah banyak perkara berlaku sepanjang tahun ini terhadap diriku. Suka, duka.. lebih-lebih lagi duka, aku pendam sendiri kerana insan yang paling aku rapat telah menjauhi aku.. entahlah.. dia seolah-olah mencipta dinding pemisah menjadi jarak sedangkan jauh di hati kecil nya aku tahu, dia rindu untuk bercerita, bergurau, bermanja denganku.. tapi biarlah dulu... aku mau dia sendiri yang memecah pintu keegoannya terlebih dulu... arghh.. mengapa pulak aku berCurhat sedangkan i should tell you guys about hari pertama ku di Ramadan musim 1433 hijrah ini...

Hari pertama puasa, Alhamdulillah, aku dapat selesaikan bacaan juz 1 dan dapat menyempurnakan solat Terawih :'( bukan tujuan ku untuk berbangga malah jauh di sudut hatiku untuk tidak menjadi insan riak.. tapi aku sedih dan terharu kerana ALLAH Ta'ala telah beri ku kesempatan untuk memperbetulkan diri ku yang cuai, alpa lagi lalai selama ini. Jatuh air mata ini sambil menghayati bait-bait lirik dari lagu TAUBAT SEORANG HAMBA yang sememangnya menggambarkan perjalanan hidupku... semoga hari-hari mendatang, aku akan lebih taqwa dan sentiasa mencari keredhaanMu jua ya ALLAH....

Oh ya... sempena Ramadan musim 1433 ini, aku abadikan satu foto fresh habis !! taken by seorang photographer muda berusia 17 tahun iaitu adik saya sendiri.. hehe.. tema foto ialah Salam Ramadan tapi bentuk ala-ala retro sikit lah... saya rasa konsep itu sesuai kot.. hehe.. ada makna tersirat dengan gabungan warna dan latar belakang.. itu dari kaca mata saya lah as a linguist !! haha.. apa-apapun, tulus ikhlas dari hati saya, saya ingin memohon kemaafan jika ada tersilap bahasa terkasar kata dan sama-sama kita berdoa moga ibadah Ramadan dan ibadah-ibadah lain yang ada di dalam bulan suci ini diberkati.. rebutlah peluang menggandakan amal hitung kita semua.. ameen =)


Friday, July 20, 2012

Ahlan Ya Ramadan

Dear blog,
20th July 2012 - Friday

Aku masih berteka-teki
adakah sudah cukup hitung amalku?
Ramadan menjengah lagi..
senyum padaku...
sedangkan Sya'ban terus meninggalkanku
piluku di kalbu....

Tuhanku..
ku munajat padaMu
agar cahaya Ramadan ini menyinari kegelapanku
tidak sekadar ku menunggu menongkat dagu
ku azamkan ragaku
ku tiup semangatku
meniti atas ilmuMu
kembali berpaut rapat pada kasihMu

Ahlan ya Ramadan....

Sunday, July 15, 2012

Menjunjung Kasih~ Daulat Tuanku

Dear blog,
15th July 2012 - Sunday



Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-66 Tahun pada 25hb. Sya’aban, 1433 /15hb. Julai, 2012


Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Bismillahir Rahmanir Rahim



Alhamdulillah Rabbil ‘Alameen, Wabihiee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Wadden, Wassalaatu’ Wassalaamu ‘Ala Asyarafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’alaa Aalihee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.


Alhamdulillah, syukur kita kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala, kerana dengan limpah kurnia-Nya jua, dapatlah istiadat bagi meraikan Hari Keputeraan Beta pada pagi ini berjalan dengan baik dan lancar.

Pertama-tama, Beta ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para tetamu khas Beta, yang sudi hadir ke Istiadat ini, dan juga kepada semua pihak yang telah menyembahkan perutusan ucap selamat kepada Beta serta keluarga, bersempena perayaan ini.

Dalam apa jua keadaan dan suasana ketika menyambut keraian ini, kita hendaknya jangan terlepas pandang dari mensyukuri nikmat Allah kepada kita dan negara, berupa keamanan dan kesejahteraan.

Beta juga bersyukur mempunyai rakyat yang bersatu-padu dan bertanggungjawab untuk sama-sama memelihara nikmat yang agung ini.

Dari keamanan akan wujud kestabilan, dan dari kestabilan memungkinkan kita lebih rancak untuk menggarap kemakmuran.

Oleh itu, semua lapisan rakyat adalah berkewajipan untuk memelihara dan mempertahankan kestabilan tersebut.

Dengan nikmat rezeki serta kestabilan yang ada, Kerajaan Beta insya Allah, akan meneruskan agenda pembangunan di dalam negara.

Pada tahun ini kita telah memulakan Rancangan Kemajuan Negara Ke-10 iaitu RKN kedua bagi membantu kita merealisasikan Wawasan Negara 2035. RKN pada kali ini lebih menekankan kepada usaha memperkasa keupayaan tenaga kerja, selari dengan teknologi baru dan innovasi, disamping memberikan perhatian kepada kemudahan prasarana, pendidikan, kesihatan, perhubungan, perumahan, riadhah serta tempat-tempat beribadat. Langkah ini diharapkan mampu untuk membantu mempercepatkan lagi pertumbuhan ekonomi, standing dengan kadar pertumbuhan ekonomi serantau.

Oleh itu adalah sangat mustahak bagi kita mempastikan perlaksanaan projek-projek dibawah RKN Ke-10 ini berjalan dengan menepati sasaran waktunya. Janganlah ada yang tertinggal di belakang, apatah lagi yang terbantut.
Beta amatlah gembira mendapati, pendekatan baru kita dalam menyediakan perumahan untuk rakyat telah menampakkan hasil yang menggalakkan. Bilangan rumah-rumah yang telah siap dan yang sedang dalam pembinaan, ternyata berupaya untuk mengurangkan tempoh menunggu bagi pemohon-pemohon.

Dalam usaha meningkatkan kesejahteraan perumahan bagi rakyat ini, Beta telahpun memperkenankan beberapa inisiatif untuk dilaksanakan oleh Kerajaan, seperti berikut:



Pertama - Untuk tidak megenakan bayaran premium tanah bagi pembaharuan pajakan tanah yang tidak melebihi 1 ekar, yang di atas tanah berkenaan sudah terdapat rumah kediaman pemilik atau untuk didirikan rumah kediaman bagi tujuan yang sama.

Kedua - Satu Skim Tabungan Perumahan, diwujudkan khusus untuk ahli-ahli TAP rakyat Negara Brunei Darussalam. Keutamaan mengujudkan Skim ini ialah sebagai bantuan kepada ahli-ahli TAP yang berpendapatan rendah.

Skim sukarela atau voluntary ini, akan melayakkan peserta-pesertanya untuk menerima manfa’at-manfa’at tertentu, antaranya jaminan pemberian pulangan tahunan dengan kadar tertentu; dan bagi peserta yang pendapatan keluarganya (household income) tidak melebihi $4,000 sebulan, akan layak untuk dihulurkan bantuan Kerajaan berjumlah tidak melebihi $25,000.

Ketiga - Bagi anggota Perkhidmatan Awam, Beta juga telah memperkenankan satu Skim Pinjaman Kewangan Perumahan di Jabatan Perbendaharaan untuk dikemaskinikan dan disesuaikan dengan keadaan dan keperluan masakini. Melalui perubahan tersebut, jumlah kemudahan kewangan yang boleh dipohonkan bagi membina atau membeli sesebuah rumah, akan ditambah kepada 60 bulan daripada gaji pokok, berbanding hanya 48 bulan yang dibenarkan pada masa ini, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu. Kemudahan kewangan tersebut juga akan dilaratkan bagi pembelian tanah bagi pembinaan rumah berkenaan dengan menggunakan peruntukan tidak melebihi 24 bulan daripada gaji pokok bagi kemudahan kewangan tersebut.

Dengan bantuan serta kemudahan-kemudahan yang disediakan ini, Beta percaya ianya akan dapat meringankan beban kos pemilikan rumah dikalangan golongan-golongan tertentu di Negara ini, terutama mereka yang berpendapatan rendah.
Walau bagaimanapun, Beta berharap, dengan adanya bantuan dan kemudahan ini, akan menggalakkan lagi orang ramai untuk sentiasa berjimat cermat dan berbelanja mengikut kemampuan.

Sebagai usaha Kerajaan dalam pembangunan Negara yang lebih menyeluruh, satu berita baik, setelah selesainya kajian feasibility, Kerajaan Beta sekarang ini sedang merancang dengan terperinci bagi pembinaan sebuah jambatan, yang akan menghubungkan Daerah Temburong dengan Daerah Brunei dan Muara.

Sejajar dengan tuntutan masa dan perkembangan global, Beta dalam bidang ICT, juga telah memperkenankan peruntukan sejumlah B$230 juta dibawah RKN Ke-10 untuk Kementerian Perhubungan melaksanakan projek “Fibre-to-the-Home”, yang pada asasnya akan menyediakan infrastruktur jalur lebar yang menyeluruh.

Ini tidak syak lagi akan membawa kepada kemajuan Internet yang lebih berkualiti yang mampu dimiliki oleh orang ramai. Pada waktu yang sama, kemajuan perkhidmatan ini juga akan turut mengangkat daya-saing negara bagi menarik pelaburan asing.

Namun perlu pula disedari, akan kesan-kesan buruk sampingan, yang boleh saja berlaku dari penyalahgunaan alat canggih ini. Kerana itu sangatlah wajar untuk diambil perhatian oleh pihak-pihak yang berkepentingan, supaya lebih meningkatkan lagi keupayaan dan kewaspadaan dalam perkara-perkara kawalan, pencegahan dan penguatkuasaan.

Turut sama berkewajipan itu, ialah para ibu-bapa, guru-guru, masyarakat, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, dan lebih-lebih lagi para belia, sekaku pengguna terbesar kemudahan ICT itu. Ambillah langkah memanfa’atkan ICT itu dengan cara yang betul.

Kewajipan ini adalah kewaijpan semua. Kita mesti mengamalkan nilai-nilai murni dan memelihara jatidiri kita, dengan calak MIB.

Kita adalah bangsa yang membangun dengan undang-undang, pendidikan dan akhlak yang baik, serta bergerak maju diatas landasan ajaran ugama yang suci. Kita menawarkan persahabatan kepada semua warga dunia, sambil memberitahu, bahawa kita juga adalah rakan yang baik, yang sentiasa bersedia untuk menghormati sesiapa saja.

Demikian itulah pula, kita mengharapkan, agar rakan-rakan juga berpendirian seperti kita dalam menilai dan memahami aspirasi masing-masing, demi untuk keselamatan dan kesejahteraan, sekalipun tanggapan kita adalah berbeza.
Bersukut dengan 66 tahun keputeraan Beta ini, dengan segala kesyukuran, yang akan melepaskan kita semua terutama Raja, dari dituntut oleh Allah Ta’ala pada Hari Kandila kelak, maka Beta dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah, setelah meneliti dan mendapat nasihat daripada Badan yang berkenaan, sukacita memaklumkan bahawa Beta telah memperkenankan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah untuk dilaksanakan di Negara ini, namun dalam pada itu, peruntukan sivil atau ta’zir atau seakan-akan ta’zir akan terus juga diguna-pakai mengikut keperluan.

Masih berkait dengan undang-undang. Kerajaan Beta dalam menangani perbuatan-perbuatan curang, yang sepatutnya tidak berlaku, seperti jenayah penyeludupan keluar minyak bersubsidi seperti diesel, yang amat merugikan itu, tidak akan dibiarkan begitu saja. Kerajaan Beta adalah tidak teragak-agak untuk menggunakan undang-undang bagi membenterasnya.

Sebagai sebuah negara yang berkerajaan, Perkhidmatan Awam adalah jenteranya. Beta masih merasakan, bahawa kecekapan pengurusan dan disiplin dalam Perkhidmatan Awam itu masih saja tetap ditahap yang memerlukan peningkatan. Kemajuan kerjaya pegawai yang menitik-beratkan kepimpinan, masih memerlukan perhatian.

Kerana itu, sehubungan dengan ini, Beta telahpun memperkenankan satu kaedah kenaikan pangkat yang digelar “Kaedah Kenaikan Pangkat Laluan Laju”, sebagai keadah yang bukan eksklusif, dan juga sebagai sebahagian dari usaha dalam rancangan penggantian pegawai-pegawai Bahagian II keatas.

Kaedeh ini dianggap mampu untuk merangsang pegawai-pegawai yang berprestasi tinggi, rajin dan komited.

Dalam bidang kesihatan pula Kerajaan adalah tidak lalai untuk meningkatkan skop dan kualiti perkhidmatan. Namun kes-kes penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis, buah pinggang, darah tinggi, jantung dan kanser, terus saja meningkat dan bahkan ditahap yang membimbangkan.

Pada hemat Beta, cara mencegah dan mengatasi penyakit-penyakit ini adalah banyak bergantung kepada kesedaran dan keazaman setiap individu. Untuk sihat, kita memerlukan disiplin gaya hidup sihat dan permakanan sihat. Diantara gaya hidup sihat itu ialah rajin beriadhah. Sementara permakanan sihat pula, ada dengan ketentuan-ketentuannya yang tersendiri.

Dalam hal ini, ingin juga Beta melihat, sejauh manakah sudah segala kempen atau promosi kita tangani, termasuk menilai keberkesanannya secara empirical?

Kematian bukan saja kerana penyakit, tetapi juga turut berlaku akibat kemalangan jalan raya. Ini juga amat membimbangkan, kerana bilangannya terus meningkat.

Orang ramai biasanya sangat berhajat kepada jalan raya yang berkualiti, tetapi ramai yang tidak mengedahkan harapan Kerajaan untuk melihat, supaya semua pengguna jalan raya juga mestilah berkualiti.
Walau macam manapun, setakat ini, Beta turut berpuas hati dengan pengenalan sistem demerit, yang dianggap berpotensi tinggi bagi usaha-usaha penggunaan jalan raya yang lebih berhemah dan selamat.

Di dalam arena antarabangsa pula, Beta juga sangat berpuas hati, kerana kita dapat memainkan peranan untuk kepentingan bersama didalam pelbagai bidang, khasnya bidang kerjasama serantau mahupun global, berasaskan kosep berbaik-baik dan hormat menghormati serta tidak campur tangan dalam urusan atau kepentingan masing-masing.

Pada tahun 2013, insya Allah negara kita akan menjadi Pengerusi ASEAN dan juga tuan rumah kepada Mesyuarat Kemuncak ASEAN dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan.

Akhirnya, Beta dengan tulus ikhlas merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh lapisan rakyat dan penduduk, termasuk semua peringkat warga Perkhidmatan Awam, Pasukan-Pasukan Keselamatan serta mereka yang berkhidmat di sektor swasta diatas sumbangan dan sokongan mereka kepada Kerajaan Beta.

Penghargaan yang setinggi-tingginya juga Beta sampaikan kepada seluruh Ahli Jawatankuasa Perayaan di kedua peringkat kebangsaan dan daerah, atas segala khidmat usaha yang gigih pada menjayakan Perayaan Ulang Tahun Beta tahun ini.

Beta juga berdo’a semoga Negara Brunei Darussalam ini akan senantiasa kekal aman dan makmur, dikurniakan limpah rahmat dan lindungan dari Allah Subhanahu Wata’ala jua. Amin.



Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamu‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Wednesday, July 4, 2012

Sajak Spontan Malam Nisfu Sya'ban

Dear blog
4th July 2012 - Wednesday

HUJAN DI MALAM NISFU SYA'BAN
Nukilan Rain987

Hujan hikmah mengiringi airmata di malam ini
menggenang khilaf ku yang tak sudah
apakah masih sempat lagi buatku ?

Nisfu Sya'ban
gerbang ke pintu Ramadan
sayup-sayup zikir dan tahmid 
di sini
di sana...
apakah masih ada ruang buatku ?

Malam seribu berkah ini
biarku peluk erat malam mu
agar dosa-dosaku pergi bersama tiap titisan hujan mu
kerana ku takut
apakah masih ada masa buatku ?