Dear blog,
.
SAJAK DI HARI LAHIRMU
.
Terkenangku pada seraut wajah
Urat-urat kematangan selari usia
Susut tubuhmu lewat hari-hari
Aku pasti..
Semua deritamu kerana kebahagiaanku
.
Ayah..
Seluas langit nan tinggi
Agung lagi cintamu buat kami
Sucinya embun dinihari
Hebat lagi titisan suci keringatmu membasahi bumi
Raut wajahmu
Mengurai waktu
Tanpa jemu
.
Ayah..
Dari tapak kaki ini merah lagi
Kau sentiasa menemani
Mengajar jemari
Kasih sayang suci
Merempuh perdu-perdu liar
Nuansa keangkuhan gila bertebar
Kau terus meniti tanpa gentar~
.
Kini..
Sesekali ku terfikir..
Kalaulah bisa ku serahkan semua kebahagiaan
Akan ku cari walau ku terpaksa mendaki
Akan ku kejar walau terpaksa direnangi
Kerana kasihmu abadi
Tak mungkin terbalas hingga ke mati
.
Biarlah air laut surut
Biar bumi berbicara dek keuzurannya
Namun cinta kepadamu
teguh
bersemi
Bagai cinta ayah kepada kami
Sentiasa menebar aroma mekar berdiri....
Aku mau kau tahu
Andai Sang Pencipta beriku peluang
Lahir kedua kali
Pasti ku pilih ayah lagi
Sebagai peneman..guru..pelindung yang abadi~
.
SELAMAT HARI JADI KE 59 TAHUN BUAT AYAHANDA PADA 16 OKTOBER
.
Pg Haji Shamsuddin Pg Md Salleh
.
Terkenangku pada seraut wajah
Urat-urat kematangan selari usia
Susut tubuhmu lewat hari-hari
Aku pasti..
Semua deritamu kerana kebahagiaanku
.
Ayah..
Seluas langit nan tinggi
Agung lagi cintamu buat kami
Sucinya embun dinihari
Hebat lagi titisan suci keringatmu membasahi bumi
Raut wajahmu
Mengurai waktu
Tanpa jemu
.
Ayah..
Dari tapak kaki ini merah lagi
Kau sentiasa menemani
Mengajar jemari
Kasih sayang suci
Merempuh perdu-perdu liar
Nuansa keangkuhan gila bertebar
Kau terus meniti tanpa gentar~
.
Kini..
Sesekali ku terfikir..
Kalaulah bisa ku serahkan semua kebahagiaan
Akan ku cari walau ku terpaksa mendaki
Akan ku kejar walau terpaksa direnangi
Kerana kasihmu abadi
Tak mungkin terbalas hingga ke mati
.
Biarlah air laut surut
Biar bumi berbicara dek keuzurannya
Namun cinta kepadamu
teguh
bersemi
Bagai cinta ayah kepada kami
Sentiasa menebar aroma mekar berdiri....
Aku mau kau tahu
Andai Sang Pencipta beriku peluang
Lahir kedua kali
Pasti ku pilih ayah lagi
Sebagai peneman..guru..pelindung yang abadi~
.
SELAMAT HARI JADI KE 59 TAHUN BUAT AYAHANDA PADA 16 OKTOBER
.
Pg Haji Shamsuddin Pg Md Salleh
0 comments:
Post a Comment