CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, October 24, 2009

Coretan Buatmu, Sahabat Yang Telah Pergi

Saturday - 24th October 2009M
.

Dear blog,
Where i should begin ? fuhh~ Kau uji kami ya Tuhan dengan ujian yang aku sendiri tidak jangkakan begitu pantas dan cepat masanya..
.
Baru saja seperti kelmarin kau lontarkan senyuman di riak wajahmu..semua bermula pada minggu lalu..Tanggal 16 Oktober, pagi Jumaat.. kau pengsan dek kesakitan kepala yang rupanya selama ini kau tanggung tanpa meluahkan sekelumitpun untuk kami, rakan-rakanmu rasai~
.
Selepas pembedahan pada hari yang sama, kau terus kaku seribu bahasa..kami, rakan-rakan termanggu terkejut dengan berita..Para pakar yang bertungkus-lumus di bilik bedah mengatakan kau dalam keadaan koma..Berlinang jernihan airmata kami dikhabari peluangmu untuk melihat cahaya mentari hanya seperti ibu jari.. Ya Allah..besar ku rasakan cobaanmu ini..
.
.
Sekujur tubuh berbaring di katil 4 Wad 8..Ku dapati kelopak matamu wahai sahabat bergenang dengan airmata..aku yakin, kau dapat mendengar kami, mendengar kerinduan kami..namun kau tidak mampu berdiri..kau hanya diam membisu..berlinang lagi airmataku, airmata kawan-kawan kita yang lain...Ya Rabbi, tabahkan hati kami semua..
.
.
Kami tiba lagi menjenguk mu di katil yang sama pada hari-hari seterusnya..dengan harapan dan doa bahawa keajaiban bakal berlaku..isteri tercintamu setia menemanimu tiap waktu..aku pasti..kering sudah airmatanya namun belum pernah ku lihat wanita setabahnya..Ya Allah..aku tidak mampu menahan linangan airmata ini dari terus mengalir lagi~
.

.
Tanggal 24hb Oktober 2009M, pagi Sabtu..sms ku berbunyi..berita kau sudah kembali pergi..menemui ilahi..Ku kumpulkan semangat..walau longlai langkahku hayun..bersama rakan-rakan kita menemui jenazahmu di kediaman ayahandamu~Benar seperti kata ulama..jadi guru ini banyak nikmat dan fadilatnya..banyak pelajar-pelajarmu turut tiba di sana..menghadiahkanmu doa dan membacakan kalam mulia Sang Pencipta~Kali ini..airmataku tidak mampu ku bendung lagi..kami semua akan merinduimu..rindu akan senyuman dan ramahmu..kini kami terasa kehilangan~
.
Al-Fatihah buat seorang sahabat, teman sekerja dan juga abang kepada kami semua, Allahyarham Haji Najdi bin Dato Haji Amin.....
.
.
Buatmu sahabat dan abang kami,
.
Selamat terbang Merpati Putih..
Terbanglah menembus ke pintu syurga..
Lepaskan semua lelah & deritamu..
Bahagialah pulang kepada Yang Maha Pencipta..
.
Jangan hiraukan
Kami yang menangis akan kepergianmu..
Kami yang terdiam tak bisa berkata..
Masih Termanggu seakan tak percaya..
Pergilah sahabat dan abang yang kami sayangi..
Kau selamanya di ingatan kami..
Tersemat rapi~
.
Terbayang senyuman pernah kau hadirkan buat kami semua..
Terpesona ceritamu sering menyejukkan jiwa meski lewat maya..
Terkagum tentang nilai ketegaran, semangat & persahabatan
Pernah kau torehkan..
Pergilah sahabat dan abang yang kami sayangi..
Kau selamanya di ingatan kami..
Tersemat rapi~
.
.
We'll be missing u bro~


0 comments: